Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah serik dengan kecaman. Terbaru, Aliff memuat naik video bersama penyanyi Baby Shima di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Takut Akan Kematian, Aliff Syukri Dekatkan Diri Dengan Allah -‘Saya Kerap Berjemaah & Baca Al-Quran’
Tak nak bertaubat lagi?
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu, Aliff dilihat ‘galak’ bergelek dengan Baby Shima. Aliff, 36, turut bertanya pendapat warganet mengenai kolaborasi lagu mereka.
Bagaimanapun, tindakan Aliff dikecam lalu netizen mengingatkan semula tentang kenyataan sebelum ini yang memberitahu dirinya takut dengan kematian.
Haritu macam menyesal, fikir nak mati semua. Sekarang tak jadi mati ke macam mana?
Ada juga yang sedih dengan sikap pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman yang enggan bertaubat sekaligus mencalar nama baik ibunya, Bonda Rozita Ibrahim dan isteri, Datin Seri Shahida.
Datuk ini tak ingat lagi bertaubat. Jadi la usahawan yang terbaik, bermaruah dan beretika. Tak kesian ke dengan bonda, isteri dan anak-anak? Nanti diejek oleh kawan-kawan sekolah. Saya tengok rasa malu sekali.
Datuk ini kalis kecaman, buat la apa pun, jadi diri sendiri. Tapi ingatlah, ada anak-anak, isteri dan adik beradik. Jagalah air muka mereka. Di dunia ini sementara saja, jangan lenjan sangat. Rumah kita di akhirat sana dan destinasi akhir adalah syurga.
Dalam pada itu, pengikut menyifatkan ini adalah ujian untuk Aliff di samping mendoakan agar pelantun lagu Bobo Di Mana akan insaf suatu hari nanti.
Terdahulu, Aliff berkata berita pemergian orang sekeliling sedikit sebanyak mengingatkannya tentang kematian. Kata ahli perniagaan itu, dia sentiasa berdoa agar nyawanya diambil dalam keadaan tenang dan tidak mengaibkan.
Sumber: Instagram