Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya amat takut untuk menghadapi kematian.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Kesal Jadi Mangsa Fitnah- ‘Cukup Cukuplah, Saya Ini Penyanyi Hiburkan Semua Orang’
Artikel Berkaitan: Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Mohon Maaf & Serah Semula Takhta Penyanyi No.1 Pada Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Iftar Ketika Masih Berpantang, Datin Shahida Dikritik Netizen – ‘Tak Sayang Diri Sendiri Ke’
Ingat mati
Ketika ditemui Oh Bulan!, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata berita pemergian orang sekeliling sedikit sebanyak mengingatkannya tentang perkara tersebut.
Jelas usahawan itu, dia sentiasa berdoa agar nyawanya diambil dalam keadaan tenang dan tidak mengaibkan.
Saya terlalu sibuk, melihat ramai kawan-kawan dan rakan selebriti yang meninggal dunia awal, saya berdoa untuk mati dalam keadaan tenang dan tidak mahu dikecam. Saya sebenarnya takut untuk menghadapi kematian.
Saya walaupun ada segalanya, perniagaan, kekayaan dan anak yang ramai, saya bersyukur tindakan saya masih terkawal dan tidak terlebih.
Saya sedar saya bukan ahli ulama, end of the day saya akan tua dan sakit, oleh itu saya seru untuk sentiasa buat baik, sebab bila waktu kita mati kita tidak tahu pun.
Baru-baru ini pun saya kurang sihat dan ada berjumpa dengan doktor, katanya saya perlu jalani kehidupan yang lebih sihat. Tetapi sakit apa yang saya alami maaf tidak dapat kongsikan.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka usahawan dan penyanyi duo, AishaHanim yang diadakan di Glamhall Damansara pada Jumaat.
Banyakkan amal
Dalam pada itu, ayah kepada enam cahaya mata itu berkata dia sudah pun memulakan gaya hidup yang lebih sihat selain perbanyakkan amal ibadah.
Saya ingin kurangkan bersosial, saya mahu amalkan gaya hidup sihat, banyakkan beribadah. Saya banyak dengar nasihat isteri saya dan sekarang hati saya lebih tenang.
Jujur saya katakan, sekarang sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan cuba untuk banyakkan membaca al-Quran untuk dekat diri dengan Allah.
Kemudian saya mahu anak-anak semua ambil alih perniagaan supaya saya boleh berehat.
Ditanya apakah hajat yang ingin dilakukan sebelum pergi menemui Ilahi, Aliff berkata dia memasang niat untuk mewakafkan sebahagian hartanya untuk mendirikan surau dan rumah tahfiz.
Saya pernah berborak dengan isteri, saya beritahu dia agama saya tidak cukup, tetapi seandainya saya meninggal, saya minta sekurang-kurangnya harta saya diwakafkan untuk buat surau atau tahfiz sebanyak RM1 juta, itu lah niat saya.
Saya juga berharap sesiapa yang mengenali saya atau rapat dengan saya tidak akan menceritakan perkara yang buruk apabila saya sudah tiada nanti.