berita

[VIDEO] ‘Allah Ada, Aku Tak Perlukan Manusia’ – Misya Mazlan

March 8th, 2024 | by Alia
Kini Trending

misya doa

Masih belum reda kemelut rumah tangga antara Misya Mazlan dan suaminya Aslam yang didakwa telah berkahwin dengan anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali Muncul Bersama Lepas Isu Kahwin Di Thailand, Marissa & Aslam Tak Kekok Photoshoot – ‘Muka Pun Seiras’

Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?

Kekuatan Misya

misya doa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Misya berkongsi tentang surah yang menjadi kegemarannya dan dibaca ketika sedang menghadapi kesulitan hidup.

Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu..Allah ada, aku tak perlukan manusia.

Jadi bila kita sedih, buka Al-Quran baca dan teliti ayat-ayat.

Misya kemudian mengalunkan ayat daripada surah Al-Insyirah.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini surah tersebut memberi makna yang mendalam terhadapnya.

Yang Misya suka adalah surah Al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketabahan yang dimiliki oleh Misya dan mendoakannya agar tetap bersabar dalam menjalani ujian rumah tangga.

Mulianya hatimu, merdunya suara mu Misya. Nada lembut dan bunyi tertib. Ya betul Allah tak akan uji kita seberat apa pun kalau kita tak mampu.

Sesungguhnya syurga itu mahal, ujian tanda Allah sayang. Betul kata Misya, sentiasa ingat Allah.

Awak kuat, semoga awak lebih kuat lagi selepas ini.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan memaparkan gandingan Marissa dan Aslam yang menggayakan baju raya sedondon berwarna hitam.

Dalam perkembangan yang lain, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya akan terlibat bersama.

Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand.

Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

@fazsfaozibeaute

Bulan Ramadhan bakal tiba beberapa hari je lagi. Hari ni kita nak share dengan semua followers antara surah yang sesuai untuk mereka yang menghadapi ujian dan di dalam kesedihan. ? Surah favourite Misya adalah surah Al-Insyirah, cukup indah maksud surah ni tau. Hopefully sedikit sebanyak kita pun mendapat inspirasi dan mengamalkan surah ini. ?? Btw, siapa nak tips makeup untuk look ni? ?????

? original sound – fazsfaozibeaute – fazsfaozibeaute

Sumber: TikTok FazFaoziBeaute

SKIP THIS AD ×