berita

[VIDEO] Pertama Kali Muncul Bersama Lepas Isu Kahwin Di Thailand, Marissa & Aslam Tak Kekok Photoshoot – ‘Muka Pun Seiras’

March 7th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sedang melakukan photoshoot bersama Aslam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misya Mazlan Pernah Belajar Di Mesir & Jadi Guru Agama..Fasih Berbahasa Arab Pula Tu!

Marissa, Aslam photoshoot

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok, Marissa Dania dan Aslam bagai pinang dibelah dua apabila masing-masing menggayakan busana berwarna hitam. Mereka yang juga merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan itu dilihat melakukan beberapa posing untuk mempromosikan pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Susulan daripada video tersebut, rata-rata wargamaya mendakwa Marissa dan Aslam sama sekali tidak kelihatan seperti kekok apabila bergandingan bersama. Malah, perkara itu menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa pasangan itu sebenarnya sudah berkahwin seperti berita yang tular sebelum ini.

Hasil tinjauan OhBulan!, Misya Mazlan iaitu isteri pertama Aslam turut merupakan salah seorang model bagi jenama pakaian tersebut.

Video

@ohbulanofficial Marissa Dania kali pertama dilihat photoshoot bersama suami, Aslam ? #ohbulan #sembangentertainment #marissadania #photoshoot #raya #dengan #suami #aslam ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×