Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa dia mengalami kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak yang memecah masuk rumahnya di Pokok Sena, Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Pilih Kieda Dengan Amy Untuk Lalui Fasa Ujian Yang Tak Semua Orang Boleh Hadapi’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ – Kieda Crepe
Meskipun dilanda ujian dan dugaan yang hebat dalam kehidupan, Kieda meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat berita gembira, semalam.
Lima tahun tunggu
Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.
Kieda sempat melakukan kejutan terhadap suaminya tatkala mengetahui berita gembira tersebut. Menurut Kieda, mereka menunggu kehadiran cahaya mata ketiga ini sejak lima tahun yang lalu.
Tambah Kieda lagi, mereka sangat gembira dan teruja apabila hasil ujian kehamilan menunjukkan dirinya positif hamil.
Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan. Lima tahun tunggu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami. Mereka berharap segala urusan Kieda sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah.
Video
@kiedacrepepenang Kalau laa abah ada …. ? Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi…… @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse
Sumber: Kieda