berita

[VIDEO] ‘Allahuakbar, Kesiannya Motor Naik Atas Perut…’

August 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu cuai bukanlah satu isu yang baru lagi. Tindakan tidak bertanggungjawab ini turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Seperti video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Kechiq Gtnxr memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dengan selambanya masuk ke lorong kiri tanpa melihat keadaan sekeliling sehingga mendatangkan kecederaan kepada penunggang motosikal.

Punca sebab terlepas ‘Exit’

Menerusi video berdurasi 0:49 saat memperlihatkan keadaan trafik di Exit Subang Jaya arah utara perlahan memandangkan jumlah kenderaan yang agak banyak pada ketika itu. Dalam kesibukan trafik, sebuah kereta jenis Perodua Alza yang terlajak ‘exit’ lebuh raya dan berada di lorong tengah secara tiba-tiba telah memandu ke lorong kiri sebelum menyusur keluar.

Lebih mendebarkan apabila pemandu kereta berkenaan tidak memerhati keadaan sekeliling dan telah menghalang laluan di bahagian lorong kiri. Secara kebetulan, pada ketika itu sebuah motosikal sedang melalui lorong berkenaan sebelum melanggar bahagian hadapan kereta Alza terbabit. Penunggang motosikal tersebut telah terlanggar dan terpelanting di tepi jalan sementara sebuah lagi motosikal yang berada di belakangnya tidak sempat brek dan melanggar motosikal berkenaan.

Berikutan daripada insiden ngeri itu, pengguna jalan raya yang lain telah memberhentikan kenderaan dan membantu kedua-dua mangsa kemalangan. Perkongsian tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap sambil lewa pemandu kereta Perodua Alza terbabit.

Netizen berang

Sumber: Kechiq Gtnxr

SKIP THIS AD ×