Pelakon dan pelawak, Along Cham tertanya-tanya mengenai ketiadaan bapa mentuanya, Suhaimi ketika dia diikat jamin di mahkamah pada Disember lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Hidup Dengan Kami, Saya & Suami Saja Tahu Apa Yang Berlaku’ – Isteri Along Cham Tempelak Selebriti Masuk Campur Hal Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Ibu Pernah Larang Berkahwin Dengan Isteri – ‘Pejabat Agama Kata Ini Adalah Perkahwinan Yang Ketiga Dia’
‘Di mana mereka ketika saya diikat jamin?
@didi.alias.show Where are you? #ohbulan #beritaharian #siakapkeli #urtv #mstar #alongcham ? original sound – Didi Alias Show
Menerusi temu bual bersama pelakon, Didi Alias di D’apetu Show, Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, bapa mentuanya itu pernah berpesan sebagai seorang lelaki sejati, dia perlu berjumpa dengannya secara berdepan.
Namun, ketika Along berdepan detik sukar di mahkamah kelibat ibu dan bapa mentuanya itu tidak kelihatan. Sebaliknya yang hadir hanyalah isterinya, Afreena Suhaimi.
Soalan saya, di mana mereka ketika saya diikat jamin di mahkamah? Kenapa keluarga saya, termasuk mak, adik-beradik, keluarga angkat dan kawan-kawan, ramai yang datang menyambut saya? Tapi mana mereka berdua?
Meskipun Along menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas mentua masih baik, namun percaya mungkin ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuannya.
Saya dan mak serta bapa mentua saya okay. Tapi mesti ada sesuatu yang berlaku yang saya sendiri tak tahu. Bapa mentua sepatutnya boleh saja datang dengan anak dia (Feena).
Terdahulu, Along memberitahu akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.
Sumber: TikTok, Youtube D’Apetu Show