![[VIDEO] Alyph Suka Makan Lemang, Kuih Makmur Di Pagi Raya – ‘Yang Warna Putih Bukan Hijau’](https://media.ohbulan.com/2025/03/alyph-tiga.jpg)

Penyanyi rap kelahiran Singapura, Alyph menyifatkan lemang dan kuih makmur antara juadah yang wajib dinikmati di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyph Cipta Lagu Bukan Sekadar Viral, Memang Mahu Berkarya – ‘Tidak Pernah Ada Mentaliti Itu Di Dalam Studio’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kena Pakai Lirik Lucah Untuk Sampaikan Mesej Lagu, Saya Rasa Perlu’ – Alyph
Kena standby

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pemilik nama Alif Abdullah berkata kebiasaannya dia membeli juadah tersebut namun tidak menolak sekiranya ahli keluarganya yang lain mahu memasak hidangan itu.
Lemang, saya tidak masak. Kita ada kenal seorang penjual yang jual juadah itu. Tetapi tengoklah kalau ahli keluarga kita free, boleh masak.
Kuih makmur pun nak kena standby, yang warna putih bukan yang hijau.
Dia berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Alyph dan HotFM di Banyan Cafe & Bistro baru-baru ini,
Suasana sama

Sementara itu, penyanyi berusia 36 tahun tersebut turut berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan adalah apabila dia tidak tidur seharian hingga hari raya kerana keluar malam.
Bercerita lanjut, Alyph berkata baginya suasana hari raya di Malaysia dan Singapura tidak mempunyai banyak perbezaan.
Tiada perbezaan, suasana sama sahaja.
Mungkin setiap keluarga mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada pagi Raya.
Macam saya, sehari sebelum Raya perlu melawat kubur untuk siapa yang mahu.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
