![[VIDEO] Amber Chia ‘Photoshoot’ Bersama Anak Bujang Raih Pujian – ‘Tak Menua, Dah Macam Kakak Adik’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/amber-chia.jpg)
Pelakon dan model terkenal, Amber Chia menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen bersama anak lelakinya, Ashton Wong.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Belum Terfikir Jalani Rawatan IVF – ‘Saya Masih Muda, Baru Dalam Rumah Tangga’
Artikel Berkaitan: Lelaki Dipercayai Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – ‘Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan’
Drama bersama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amber, 43, dilihat bersama anak tunggalnya menjalani sesi bergambar bagi sebuah projek yang bakal dijayakan bersama.
Ujarnya, dia teruja untuk melihat hasil drama yang bakal dilakonkan bersama anaknya buat kali pertama.
Masa berlalu begitu cepat.
Anak saya dah besar sampai boleh berlakon bersama saya dalam Chinese mini drama.
Tak sabar nak tengok hasil kerjasama ibu dan anak kali ini.
Macam adik-beradik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat anak pelakon berusia 43 tahun itu yang sudah besar. Selain itu, warganet turut memuji Amber yang kelihatan tidak menua dari awal kemunculannya di kaca televisyen.
Sumber: TikTok @amberchia9








