Selebriti media sosial, Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila terbuka berkongsi kemesraannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan & Jefri Nichol Berpegangan Tangan Lagi, Semakin Terbuka Kongsi Momen Manis Di Media Sosial
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Pilih Yang ‘Simple’ Tapi Bergaya – ‘Yakin, Walau Apa Pun Ketinggian Awak’
‘She’s calling Jefri sayang’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, adik kepada usahawan Noor Neelofa ini berkongsi aktivitinya sepanjang berada di Jakarta, Indonesia termasuk meluangkan masa bersama Jefri.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan apabila ramai yang seakan terdengar Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan memanggil Jefri yang sedang melakukan photoshoot dengan panggilan ‘sayang’.
Bukan itu sahaja, di akhir video, Ameera sempat berkongsi beberapa barangan yang dibawa pulang ke Malaysia termasuk bekas ubat teman lelakinya. Meskipun tidak menyebut siapakah nama gerangan kekasihnya itu, tetapi ramai yang percaya dan yakin bahawa lelaki yang dimaksudkan Ameera adalah Jefri.
Ini botol ubat teman lelaki saya, botol ni kosong. Saya suka simpan benda macam ni sebab nampak comel.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah benar Ameera dan Jefri sememangnya memiliki hubungan istimewa atau ianya sekadar konten semata-mata.
That “sayang”
She’s calling Jefri sayang wkwk
Boyfriend’s medicine? Is it real pacaran sama Nichol beneran kah?
We approved Nichol x Ameera
Mana mungkin sekedar kerja?
Relax lah guys kawan jer tuuu. Kawan bisnes.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ameera Khan