berita

[VIDEO] Amelia Christie Bersama Ahli Keluarga Besar Neelofa, Netizen Puji – ‘Pandai Dia Bawa Diri’

February 7th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Amelia Christie

Sepotong video memperlihatkan pelakon Amelia Christie bersama ahli keluarga selebriti terkenal, Noor Neelofa telah mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Jadi ‘Delivery Boy’ Hantar Kopi Untuk Amelia Christie, Siap Main Kenyit Mata

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – ‘Dah Memang Macam Tu Aku Cakap’

Dengan keluarga Neelofa

Amelia Christie

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @Farrafareez_, Amelia dilihat sedang duduk di atas sofa bersama ibu dan adik Neelofa iaitu Datin Noor Kartini serta Ameera Khan.

Difahamkan, video itu diambil ketika mereka singgah ke rumah salah seorang saudara Neelofa di Kelantan, baru-baru ini.

Selain itu, turut dilihat suami kepada Kartini, Datuk Abdul Halim Khan, ibunya serta adik beradiknya yang lain.

Mereka juga dihidangkan dengan beberapa menu masakan ala kampung oleh tuan rumah.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji Amelia yang disifatkan begitu mesra dan mudah bergaul dengan orang.

Sebelum ini, hubungan Amelia dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sering menyorot perhatian apabila didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun, Sharnaaz ketika disoal pengamal media, enggan mengesahkan hal tersebut meskipun mereka sering dilihat bersama.

Malah, Amelia juga semakin rapat dengan bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila serta anak mereka, Jebat Jayden.

Amelia, Sharnaaz, Nabila dan Jebat juga sebelum ini pernah bercuti bersama-sama di Jepun.

Video

@farrafareez_ Family Dinner, kebetulan semua dah ada kelantan, sempatlah datang makan2 kat rumah kf.. alhamdulillah #dapurkf ? ME GUSTA LA CUMBIA – Abaco


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×