berita

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Jadi ‘Delivery Boy’ Hantar Kopi Untuk Amelia Christie, Siap Main Kenyit Mata

November 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan aktres Amelia Christie dilihat semakin terbuka berkongsi momen mesra bersama dan keakraban mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – ‘Dah Memang Macam Tu Aku Cakap’

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Malas Berdebat Dengan Azhar Sulaiman Fasal Ketua Hamas – ‘Lantak Kau Lah Bang’

Hantar kopi, main mata

Sharnaaz Ahmad

Terbaharu, sepotong video memperlihatkan Sharnaaz datang ke rumah Amelia untuk menghantar minuman telah menyorot perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, aktor itu dilihat menaiki kenderaan berwarna hitam miliknya lalu menghulurkan secawan minuman dipercayai kopi kepada Amelia.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah Sharnaaz dilihat sempat ‘mengenyit’ matanya dan memberikan senyuman manis kepada Amelia.

Dalam pada itu, turut tertera perkataan ‘Mamu’ iaitu nama sapaan bagi Sharnaaz pada minuman tersebut.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas seakan merestui hubungan Sharnaaz dan Amelia.

Malah, segelintir netizen turut mendoakan mereka dijodohkan kelak.

Video

@amelialim__mamu barista &lt3? suara asli – m a i e d e a – babybiwa

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×