Penyanyi dan pelakon, Amira Othman sekali lagi meraih perhatian dengan kemerduan suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Selesa Kongsi Hal Peribadi, Enggan Ulas Dakwaan Terima Notifikasi TikTok Dari Fattah Amin – ‘Biar Detektif Netizen Buat Kerja’
Artikel Berkaitan: Amira Othman Mohon Maaf Gimik MV ‘Bila Nak Kahwin’, Mengaku Tumpang Populariti Fattah Amin
Sedap suara
@19731367x ??? #amiraothman #jakel #jakelmendonia #pakmatwestern #rissaskin #ijmal #varishadaily #fyp #viral #fypppppppppppppp #foryou #trending #foryourpage #xyzbca ? bunyi asal – ?House Of Bukhotsir?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, berpakaian sopan berwarna putih membaca suruh Al-Buruj.
Pada perkongsian itu, Amira dilihat lancar menghabiskan bacaan dari ayat pertama hingga ke penghujung.
Apa yang meraih perhatian apabila ramai netizen yang teruja dengan keseimbangan gaya hidup pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin’ tersebut.
Pakej lengkap
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penyanyi berusia 32 tahun itu kerana memiliki pakej yang lengkap untuk dijadikan menantu. Selain itu, warganet turut kagum dengan suara Amira yang tenang didengari apabila mengalunkan bacaan Al-Quran.
Sumber: TikTok @19731367x