Pelakon dan penyanyi Amira Othman sekali lagi meraih perhatian warganet kerana mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Seorang Pendosa Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya’ – Amira Othman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Kau Ni Kan Amira, Memang Kerja Tengok Fattah Je Lah’ – Pak Azad

Alunan ayat Al-Quran

@angah.9503

MasyaAllah sedapnya suara bila mengaji @Amira Othman 🥰🥰

♬ original sound – Angah 9503 – N.S.A

Menerusi program TV Meletop, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, telah dijemput sebagai salah seorang tetamu bersama pendakwah Ustazah Asni Mansor.

Aktres berusia 32 tahun itu kemudian mengalunkan ayat dari surah Al-Baqarah sambil bacaannya disemak oleh Ustazah Asni.

Pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kelunakkan suara Amira ketika membaca Al-Quran.

Dalam masa yang sama, mereka juga menyifatkan pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu sebagai seorang wanita yang memiliki pakej lengkap terutama dari segi agama.

Dari cara dia baca tu boleh tahu rajin mengaji Amira ni.

Sebab tu jodoh Amira lambat, dia perempuan yang sempurna. Allah simpan yang baik untuk jaga dia.

Terbayang-bayang masa majlis khatam Al-Quran bila Amira kahwin nanti.

Another level of artist, Amira kena diangkat sebab boleh jadi contoh ikutan buat anak muda.

Mesti Fattah dan keluarga tersenyum dari jauh tengok Amira, yang ini baru sekufu.

Sumber: TikTok (MeleTop)