Pelakon Ammar Alfian ‘dihukum’ oleh Ayahanda Cik Ton gara-gara namanya terpalit dengan kontroversi menumbuk wajah kekasih.
Artikel Berkaitan: Ammar Alfian Bersuara Selepas Nama Dipetik Tumbuk Muka Kekasih – ‘Bukan Aku, Tahulah Muka Aku Jahat’
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?
‘Aku yang kena fitnah, aku yang kena hukum’
@ammar.alfian Aku yang kena fitnah, aku yang kena hukum.??tulah lumrah kehidupan. #ammaralfian #jebpaskal #tiktokmalaysia #fypmalaysia #foryourpage #fyp #legday #fitness ? original sound – Ammar Alfian
Menerusi hantaran di Instagram, memaparkan Amar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, sedang ‘dihukum’ mengangkat berat secara berterusan oleh Ayahanda Cik Ton di sebuah pusat kecergasan.
Aku tak salah apa-apa tapi aku kena hukum dengan dia (Cik Ton). Dia hukum aku walaupun bukan salah aku, tapi orang kata hadap sajalah.
Aku yang kena fitnah, aku yang kena hukum. Itulah lumrah kehidupan.
Sementara itu, Ammar menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya difitnah kerana percaya bahawa hanya orang terdekat sahaja yang mengenali dirinya sebenar.
Biar orang fitnah kita, janji kita dan orang tersayang kenal dan tahu siapa kita. Alhamdulillah.
Terdahulu, media tempatan melaporkan seoarng pelakon lelaki berusia 37 tahun yang memiliki tubuh badan sasa didakwa menumbuk wajah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara, pada 7 Julai.
Difahamkan, dalam kejadian terbabit aktor itu menumbuk mata dan badan wanita terbabit di dalam kereta miliknya sebelum mangsa tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Sumber: TikTok Ammar Alfian Aziz