![[VIDEO] Ammar Titan Sertai Uji Bakat Terbuka – ‘Ini Je Platform Dapatkan Job, Saya Tidak Kacak’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ammar-titan-dua.jpg)
Tindakan pelakon dan pelawak, Ammar Titan menghadiri sesi uji bakat terbuka filem Polis Evo yang penggambarannya bakal dilaksanakan tidak lama lagi meraih perhatian umum.
Artikel Berkaitan: Azizul Ammar Tuntut Baki Bayaran RM9,000 – ‘Mesej Pemilik Stesen Langsung Tak Balas’
Artikel Berkaitan: Bawa Isu Sensasi Atas Pentas Komedi, Ammar Titan Hanya Peka – ‘Penonton Sekarang Sudah Bijak’
Datang uji bakat

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Azizul Ammar Abu Hassan berkata dia memilih untuk menghadiri uji bakat itu sebagai usaha untuk mendapatkan tawaran beraksi di televisyen.
Malah, kata Ammar tindakannya itu juga secara tidak langsung boleh menunjukkan kemampuannya kepada orang ramai.
Semasa saya tengah daftar nak uji bakat, ada seorang adik ini datang dekat saya dan tanya ‘abang pun datang uji bakat ke?’
Saya jawab, ‘Adik, ini je antara ruang dan platform untuk saya dapatkan kerja yang seterusnya. Abang bukan macam artis lelaki lain yang kacak, elok, badan sasa dan juga muka seperti hero remaja’.
‘Abang kena usaha lebih berbanding mereka, sekurang-kurangnya abang boleh showcase dekat orang kemampuan abang’.
In sya-Allah, ada rezeki adalah tempat saya dalam perancangan-Nya.
Dalam pada itu, Ammar turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa rajin menghadiri sesi uji bakat.
Untuk mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa, yang rajin datang uji bakat terbuka, kalian ada keberanian dan hati yang besar sebab buat perkara ini depan org ramai yang kalian tidak kenal langsung.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian dan ramai yang memuji tindakannya.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

