Ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Noor Kartini telah disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Doa Allah Kirimkan Seorang Suami Yang Dapat Bahagiakan Nabila & Jayden Hingga Ke Syurga’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Neelofa Terima 100 Kuntum Bunga & ‘Surprise Trip’ Ke Maldives Daripada Suami
Tiada sejarah penyakit
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian bersama pempengaruh Senok Perut Official di Instagram (IG), Noor Kartini memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Noor Kartini berkata, pada awalnya dia tidak menyangka akan diuji dengan penyakit tersebut berikutan tidak ada seorang pun daripada ahli keluarganya yang pernah menghidap kanser.
Baru-baru ini saya didiagnosis dengan kanser payudara tahap satu. Alhamdulillah, saya dapat diagnosis kanser ini di peringkat tahap yang sangat awal.
Bila saya dapat tahu semasa buat saringan kesihatan mamogram dan apabila doktor beritahu kena buat biopsi, dalam fikiran saya ini tak terlintas langsung pasal kanser.
Saya tak pernah fikir kerana tidak ada dalam keluarga saya mempunyai sejarah penyakit kanser.
Reaksi keluarga
Menurut Noor Kartini, berita yang mengejutkan tersebut telah memberikan kesan mendalam terhadap anak-anaknya sehingga mereka bergegas pulang untuk menjenguknya.
Saya tengok anak-anak semua menangis. Yang duduk England dan Sabah pun balik.
Alhamdulillah, apabila didiagnosis awal banyak benda boleh dibuat dengan cepat.
Justeru, usahawan berusia 58 tahun itu mengambil keputusan untuk berehat dari dunia perniagaan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah dan sekarang ni masa untuk saya lalui proses penyembuhan. Atas permintaan anak-anak juga, mereka mahu saya berehat dan perlahankan bisnes.
Sumber: IG Senok Perut Official