Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Zhiddin Aziz meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendakwa kemenangan yang sepatutnya menjadi miliknya pada Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) digugurkan pada saat akhir.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan
Kemenangan dinafikan
Menerusi perkongsian di TikTok, Zhiddin mendakwa dia telah menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur mengenai pembatalan kategori Ikon Belia.
Menurut Zhiddin yang juga anak kepada pengacara popular era 90-an iaitu arwah Aziz Desa, dia turut berasa kesal apabila tiada sebarang penjelasan daripada pihak penganjur.
Saya rasa maruah saya diri sangat hina, kerana saya ada terima undangan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Tapi kurang 24 jam saya dapat panggilan, mereka membatalkan anugerah kategori tersebut. Tiada sebarang penjelasan.
Saya telah melalui bermacam peringkat tapisan hingga ke akhir, tempah busana cecah ribuan ringgit. Saya minta ibu mendoakan kemenangan saya dan alhamdulillah doa ibu makbul.
Tetapi kemenangan saya dinafikan, kenapa dinafikan? Saya tidak menyalahkan Kementerian, saya juga ada tanya kepada pihak mereka.
Perkongsian video milik Zhiddin itu telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan 140,000 tanda suka.
2 kategori digugurkan
Sementara itu, pihak penganjur Sekretariat APBN menerusi Jabatan Belia dan Sukan (KBS) tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.
Video
@zhiddinazizz? original sound – zhiddinaziz
Sumber: TikTok