Malang nasib yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan apabila dia didera oleh ibu kandungnya sendiri. Kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia, adalah disebabkan kanak-kanak perempuan itu tidak menghadiri kelas secara atas talian selama dua minggu.
Ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai SV, agak malu dan terkesan dengan tindakan anaknya yang berbohong dan menafikan mengenai kelas secara atas talian yang diadakan.
Rakam perbuatan sendiri
Video SV yang berdurasi 35 saat menunjukkan dia bertindak mendera anaknya sendiri dan video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat respon yang negatif daripada netizen. Menerusi video tersebut, mangsa digenggam dan dipukul dengan kayu daripada lengan hingga ke kaki mangsa. Malahan, video tersebut dirakam sendiri oleh SV dan dihantar kepada ibu saudaranya.
Menurut pihak polis, SV bertindak menyeksa anak kandungnya disebabkan anaknya ponteng kelas secara atas talian selama dua minggu. Sebelum kejadian berlaku, mangsa sedang berada di rumah ibu saudaranya dan menafikan dia mempunyai sebarang kelas secara atas talian.
Mangsa mengalami lebam akibat kesan objek tumpul yang digunakan oleh ibunya dan sedang dirawat di hospital.
Padah berbohong
Gambar sekadar hiasan
SV marah dengan tindakan anaknya yang mengaku kepada ibu saudaranya bahawa anaknya berbohong mengenai kelas secara atas talian itu. Ketika kejadian, SV mendapat panggilan daripada guru anaknya, bahawa anaknya tidak menghadiri kelas yang telah diadakan. Namun, mangsa menafikan perkara tersebut dan menyatakan ibunya berbohong.
Disebabkan tindakan mangsa, SV menjadi marah lalu mendera anaknya sendiri. Tambahan, mangsa turut pernah mengadu dan menceritakan perkara yang tidak betul kepada bapa saudaranya.
Kini, SV telah ditahan untuk siasatan selanjutnya oleh Unit Polis Parepare PPA Satreskrim.
Sumber: Detik News