berita

[VIDEO] Anak Minat Anak Jiran Sebelah, Mak ‘Sporting’ Suruh Hantar Laksa Dekat Bakal Mentua

July 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Seorang wanita dikenali sebagai Che Ta menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini berjaya menghiburkan warganet. Menerusi video tersebut, wanita ini sempat ‘mengusik’ dan memberikan sokongan penuh kepada anak lelakinya untuk ‘mengorat’ anak jiran sebelah. Aduh memang sporting habis!

‘Anak nak ambil hati bakal mak mentua’

Foto: Tangkap layar video

Kisah bermula apabila wanita ini membuat menu istimewa iaitu Laksa dan meminta anaknya menghantar juadah tersebut kepada jiran sebelah. Anak lelakinya yang dikenali sebagai Afiq kelihatan begitu ‘teruja’ apabila diminta berbuat demikian.

Jiran sebelah ada anak dara. Anak aku pula nak ambil hati bakal mak mentuanya. Kononnya.

Apa yang lebih mencuit hati, apabila anak lelakinya sempat memakai kopiah terlebih dahulu sebelum menghantar makanan tersebut. Geli hati dengan kelakuan anaknya, wanita tersebut ketawa terbahak-bahak sambil memberitahu anaknya itu sangat hipokrit.

Hang ni hipokrit. Hoi, sangat hipokrit. Tunjuklah dirimu yang sebenar anak oi. Amboi orang baru suruh hantaq Laksa kat mak mentua dia nak pakai kopiah. Ya Allah Ya Tuhanku. Hipokrit. Tengok dia punya gaya. Tak toqah nak duduk siap beritahu lagi special ni. Masuk rumah kopiah pun terbang.

Ujar wanita ini lagi, anaknya sudah lama menyimpan perasaan kepada anak jiran sebelah bagaimanapun, hasrat anaknya itu tidak lagi kesampaian.

Dia berkenan lama dah anak jiran tu. Tapi orang tak layan pun kesian dia. Anak jiran tak kenai dia pun. Masalahnya sampai sekarang belum dapat ngorat lagi anak jiran sebelah tu.

Video penuh:

@cheta8608Mcm2 kerenah anak aku???? original sound – CheTa?Comey

@cheta8608Reply to @akimiqbal Part2?? original sound – CheTa?Comey

Sumber: Che Ta

SKIP THIS AD ×