Penyanyi popular era 80-an iaitu Roslan Madun gagal menahan air mata apabila diminta megulas mengenai perbahalan yang berlaku antara penyanyi Shila Amzah dengan adik-beradiknya.
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Kurang Seminggu Latihan & Pelbagai Rintangan Menduga, Tetap Bangga Dengan Adik Saya’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Serah Pada Takdir, Sedia Jumpa Fauziah Sarman – ‘Saya Kena Tunggu & Bersabar’
‘Membesar depan mata’
Roslan yang mempunyai hubungan baik dengan bapa kepada Shila yang juga penyanyi popular era-80, Datuk ND Lala berkata, dia sudah mengganggap keluarga itu seperti keluarganya sendiri.
Anak-anak dia (ND Lala) dah macam anak saya sendiri dah. Seperti keluarga sendiri.
Mereka (adik beradik Shila) membesar depan mata saya juga. Saya lihat ketika mereka susah dan senang.
Walaupun tidak berapa rapat dengan adik beradik yang lain, tapi Shila itu selalu kami pergi buat majlis bersama. Sebab Shila kan mula menyanyi daripada dia kecil.
Saya dulu banyak persembahan di Pahang, kalau ada artis yang lambat sampai, Shila akan isi slot-slot kosong acara itu.
Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Lemak Manis itu berharap keluarga Shila dapat duduk berbincang dan menyelesaikan isu yang berlaku secara baik.
Harapan saya, semoga mereka satu keluarga bertemu dan berjumpa bersama. Kerana itu jalan penyelesaian yang terbaik.
Saya dan ND Lala masih berhubung. Tapi susah juga nak cakap lebih kerana isu itu tidak berlaku pada saya.
Manusia ini mungkin dia sudah tidak tahu nak mengadu dekat mana itu yang luah di media sosial. Perkara pun dah berlaku. Saya doakan mereka berbaik, insya-Allah.
Terdahulu, kemelut antara Shila dan dua adiknya iaitu Syafiq dan Syada bermula apabila Syada mendakwa rumah banglo yang didiami mereka mahu dijual penyanyi berusia 33 tahun itu.
Shila kemudiannya membuat pengakuan bahawa dia ingin menjual rumah tersebut kerana mahu mencarikan kondominium baharu buat keluarganya.
Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.
Tidak lama selepas itu, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman dilihat memuat naik hantaran mengatakan dirinya seolah-olah sudah tidak mengenali anaknya itu.
Malah, Fauziah juga berkata dia tidak memaafkan tindakan anaknya itu yang mendedahkan hal keluarga kepada umum. Pun begitu, Fauziah dilihat memadam hantaran tersebut beberapa minit kemudian.
Video
@ikaangahlj7Penyanyi Roslan Mandur tidak dpat menahan sebak apabila ditanya berkenaan isu Shila Amzah dan adik beradiknya.. “Anak-anak (Nd Lala) membesar depan mata saya, saya sedih bila terjadi isu ini, diharap dpt selesai dgn baik.” Penyanyi yang terkenal dengan lagu lemak manis itu mempunyai hubungan rapat bersama Datuk Nd Lala dan bekas isterinya.? original sound – ShilaAmzah
Sumber: TikTok