Sebagai seorang ibu, banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari. Selain perlu menguruskan hal rumah seperti menyediakan makan, minum dan mengemas, mereka juga perlu melayan kerenah anak-anak yang tidak menentu. Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala kerenah mereka itu boleh buat para ibu bikin pening kepala!
Terbaru, seorang pengguna TikTok ada berkongsi telatah spontan anak buahnya yang berpura-pura tidur selepas menumpahkan bedak di atas sofa. Comel betul adik ni!
Dah tumpahkan bedak, buat-buat tidur
Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok, Keropok Lekor Matriz memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 2 hingga ke 3 tahun duduk di atas sofa sambil matanya terpenjam.
Apa yang lebih melucukan apabila mengetahui rupa-rupanya kanak-kanak yang dikenali dengan nama Wazi ini pura-pura tidur kerana takut dimarahi selepas ‘projeknya’ menumpahkan bedak di atas sofa di rumah neneknya itu disedari oleh ibu saudaranya, Mak Ngah.
Haa tahu pun takut…
@keropoklekormatrizzooo dah main bedak pura2 tdo? original sound – Keropok Lekor Matriz
Wanita ini kemudian mendekati adik Wazi kononnya mahu bertanya siapakah gerangan yang menumpahkan bedak itu di atas sofa sedangkan pada masa itu Wazi sedang nyenyak ‘tidur’. Tetapi kanak-kanak ini langsung tidak menghiraukan pertanyaan tersebut sebaliknya dia masih terduduk di atas sofa dan meneruskan lakonan ‘tidurnya’ itu. Alahai cerdik sungguh!
Ooo dah main bedak, habis sofa Tok Ma hang pura-pura tidur eh. Ila, kau tengok anak kau ni, dah jadi patung cendana dah. Pura-pura pejam mata..Hmm ni bedak ni siapa main kalau Wazi tidur. Mak Ngah musykil ni. Wazi tidur tapi ada bedak, siapa lah yang main bedak ni ye?
Bukan itu sahaja, walaupun wanita ini sudah memanggil ibu adik Wazi, tetapi kanak-kanak ini masih statik di tempat yang sama. Haa tahu pun takut!
‘Pandai sungguh hang ye’
Video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat hampir 1.2 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak ini. Malah ada yang bergurau mengatakan adik Wazi memang layak menerima anugerah pelakon terbaik, power lah dik! Lakonan mantap sungguh!
Sumber: Keropok Lekor Matriz