Penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa anak lelakinya iaitu Seth Uwais disahkan menghidap masalah autisme.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pantang Belum Habis, Shila Amzah Sudah Kembali Bekerja – ‘Masih Ada Beberapa Hari Lagi Tapi Kira Halal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Belanja Cover Lagu ‘Masing Masing’, Peminat Puji – ‘Dalam Pantang Pun Suara Sedap’
Anak Shila diagnosis autism
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila binti Amir Amzah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mengetahui keadaan sebenar kesihatan Seth.
Saya, Ubai dan anak baru balik dari hospital dan Seth telah didiagnos autisme tahap satu.
Alhamdulillah, saya sebenarnya dah dapat rasakan cuma tak pasti sama ada autisme atau Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD).
Susulan daripada itu, doktor menasihatkan Shila dan suami untuk meneruskan proses terapi selain menghantar Seth ke sekolah khas.
Jadi, doktor sarankan untuk teruskan terapi dan hantar ke sekolah yang boleh terima anak autism.
Bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan apa tidak. Sebagai ibu bapa, banyak cara kita mendidik anak-anak. Jadi kami pun tahu nak buat apa.
Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Doakan kami juga sebagai ibu bapa yang boleh menjaga anak autisik ini dengan sempurna.
Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Video
View this post on Instagram
Sumber: IG Shila Amzah