Anak lelaki Shila Amzah iaitu Seth Uwais dipercayai dijangkiti kutu selepas seminggu kembali ke sekolah.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kongsi Foto Wajah Lebam, Dedah Trauma Nak Jejak Kaki Ke Pulau Pinang – ‘Terima Kasih Ubai Kerana Selalu Ada’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Cukup Ada Seth & Rhea – ‘Saya Nak Anak-Anak 100% Dapat Perhatian’
Pakai syampu khas
Menerusi video perkongsian Ubai Mz yang merupakan suaminya, ia memaparkan Shila sedang membelek rambut anaknya.
Menurut Ubai, dia turut mengalami masalah yang sama selepas berjangkit dengan Seith Uwais.
Saya pun kena, satu rumah kena. Saya rasa insecure kenapa gatal-gatal.
Apa yang mencuit hati warganet apabila Seith seola-olah gembira apabila dia dijangkiti parasit itu
Pun begitu, Ubai sempat berseloroh menyatakan masalah tersebut bukanlah satu pencapaian.
Akibat masalah tersebut, Ubai yang berusia 27 tahun itu bersama Seth terpaksa memakai syampu khas untuk membasmi kutu di kepala.
Seth turut meminta maaf kepada Ubai kerana berasa bersalah dengan masalah yang dibawa.
Jadi kita kena merawat sama-sama, disebabkan Seth Papa pun kena.
Susulan itu, Ubai dan Shila membuat keputusan membawa Seth ke kedai gunting rambut pada keesokan harinya.
Kita akan transform Seth jadi MK K-Clique atau Mbappe.
Komen netizen
Sumber: TikTok