berita

[VIDEO] ‘Anak Siapa Ni, Takut Weh..’ – Budak ‘Selamba’ Kayuh Basikal Tengah Jalan

January 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, menjaga anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sentiasa peka dan mengawal gerak geri anak-anak. Hal ini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Terbaru, viral satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak selamba mengayuh basikal di tengah jalan besar.

Selamba kayuh basikal tengah jalan

Kejadian semalam, ni antara cyclist yang mengayuh basikal mengundang kecaman netizen. Mencemar lagi image cyclist. Parent dia mana tah, lepas macam tu je anak. Selamat sempat elak dan lane sebelah tak ada keta boleh gak buat decision. Break slow-slow dengan harapan hilux dekat belakang sempat break. Kalau mengejut break mau cium gak bontot keta ku ni dan kemungkinan besar terlajak gak.
Lokasi:.jalan changkat jering-pantai remis
Sound terpaksa di mute kan ada adegan jerit menjerit.

Menerusi video berdurasi 0:27 saat yang dimuatnaik di Facebook Faain Rosli memaparkan seorang kanak-kanak sedang bermain basikal di atas jalan raya.

Lebih mengejutkan apabila melihat kanak-kanak itu sendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Kejadian cemas tersebut berjaya dirakam oleh pemandu kereta yang melalui jalan besar itu menggunakan dashcam.

Detik cemas

Menurut sumber, insiden itu dipercayai berlaku di Jalan Changkat Jering-Pantai Remis. Tambah wanita ini lagi, dia sempat memperlahankan kenderaan dan menekan brek apabila melihat kanak-kanak itu mengayuh basikal di tengah jalan besar.

Namun, tidak lama selepas itu, beberapa individu lain yang menyedari kejadian tersebut telah membawa kanak-kanak itu ke bahu jalan. Dalam kesempatan itu, orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya mengawasi pergerakan anak-anak.

‘Nasib tak laju’

Sumber: Faain Rosli

SKIP THIS AD ×