Selain memiliki raut wajah yang jelita, puteri kepada pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu juga adalah seorang anak yang sangat menghargai ibu bapanya.
Artikel Berkaitan: Gaya ‘Catwalk’ Anak Linda Jasmine & Que Haidar Raih Pujian – ‘Saya Tak Hantar Ke Mana-Mana Pun, Dia Pandai Sendiri Je’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terpesona Dengan Wajah Jelita Anak Gadis Que Haidar – ‘Muka International Model’
Kata-kata semangat untuk ibu
@nona.my Alahai sweet betul tengok anak beranak ini! Teruja Nona mendekati pakar koreografi dan bekas tenaga pengajar AF, Linda Jasmine bila kami dijemput mengintai kediaman mewah miliknya yang ringkas namun cukup menawan. Bukan saja pakar dalam mendekorasi, tapi Linda Jasmine juga seorang yang kreatif, siap DIY kraf seni sendiri! Menghadapi fasa duka dalam rumahtangganya baru-baru ini, Linda Jasmine juga dilihat kekal positif, optimis dan cukup tenang. Jangan lupa saksikan episod eksklusif NONA Lifestyle bersama Linda Jasmine malam ini di FB dan Youtube Majalah NONA tepat pukul 8 malam ini. #majalahnona #lindajasmine
Menerusi temu bual bersama Nona, Ratu atau nama lengkapnya Tengku Ratu Haidar memberi kata-kata semangat buat Linda yang kini sudah bergelar ibu tunggal.
Apa yang saya boleh katakan padanya adalah, good luck (semoga berjaya). Awak boleh lakukannya!
Apabila disoal bilakah kali terakhir ibunya menangis, Ratu berkata, dia jarang melihat Linda berada di dalam keadaan sedih meskipun guru tari berusia 52 tahun itu memiliki jiwa yang sensitif.
Beberapa tahun yang lalu (kali terakhir lihat Linda menangis) tetapi saya tidak begitu mengingatinya.
Dia tidak pernah menangis, dia berhati batu. Itu apa yang dia beritahu saya.
Dia sangat sensitif orangnya sehingga dia tidak merasakan apa-apa lagi.
Linda di mata Ratu
Dalam masa yang sama, Ratu juga menyifatkan Linda sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Saya bukan seorang yang sentimental, tetapi apa yang saya boleh katakan dia adalah seorang ibu yang baik.
Sehingga sekarang walaupun saya sudah berusia 15 tahun namun apabila saya minta, dia tetap akan mencium saya.
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.
Sumber: TikTok Nona