![[VIDEO] Anak Sulung Rizman Dipuji Cantik, Pandai Berfesyen Di Usia Lima Tahun](https://media.ohbulan.com/2025/05/rizman-dan-rizqaa-dua.jpg)

Tindakan anak kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin iaitu Rizqaa yang dilihat bijak dalam membuat keputusan seawal usia lima tahun meraih pujian daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Sambut Ulangtahun Ke-20 Dengan Tiga Seleksi Busana Raya, Bangkitkan Rasa Nostalgia Aidilfitri Penuh Prestij
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Tak ‘Berlawan’ Dengan Tudung Lain – ‘Jenama Kami Ada Pengikut Sangat Kuat’
Gayakan Rizqaa

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik jenama Rizman Ruzaini itu memuat naik video memaparkan rutin hariannya dalam menyiapkan dan menggayakan Rizqaa.
Dalam video tersebut, Rizman menyediakan beberapa pakaian dan kasut termasuk aksesori rambut dan beg tangan.
Menurut Rizman, Rizqaa sudah mengetahui kemahuannya dalam berfesyen tanpa perlu diajar.
Disebabkan itu, dia hanya mengikut dan mempercayai kehendak Rizqaa.
Seperti yang dijanjikan, saya berkongsi cara menyiapkan puteri saya Rizqaa dan ia bukan tugas yang mudah! Dia pasti tahu apa yang dia mahu!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Rizman yang dilihat menghormati perasaan Rizqaa dengan membiarkannya membuat keputusan sendiri.
Sesetengah mereka juga meninggalkan komen memuji anak kepada pereka fesyen itu mempunyai rupa paras yang cantik.
Komen netizen


Sumber: TikTok








