Anak sulung kepada penyanyi Indonesia, Virgoun iaitu Starla Rhea Idola menitipkan nasihat buat bapanya itu.
Artikel Berkaitan: Virgoun Tipu Berada Di Hospital, Malu Anak-Anak Tahu Ditangkap Sebab Dadah
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Didakwa Garang, Tukar Amah Sampai 50 Kali
Pesan anak
@idg_07 starla podcast dengan mommy inara ?
Menerusi podcast di YouTube, bekas isteri penyanyi tersebut iaitu Inara Rusli bertanya pendapat kepada anak sulungnya tentang dia dan Virgoun yang sudah berpisah.
Hari ini adalah hari ini, semalam adalah semalam.
Inara kemudian meminta Starla untuk menyampaikan pesanan buat Virgoun agar penyanyi itu menjadi insan yang lebih baik.
Jangan terlalu jauh dari Allah.
Dalam masa yang sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menjelaskan kepada Starla tentang status perhubungannya bersama Virgoun.
Mummy dan daddy tak boleh bersama lagi kerana sudah talak tiga. Dalam Islam, kalau kami mahu bersama kami perlu berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu.
Apa pendapat awak, kalau mummy ada pasangan lain?
Starla kemudian menjawab pertanyaan ibunya dengan ringkas.
Tidak, saya tidak mahu.
Terdahulu, Virgoun bersama seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan selepas didapati mengambil dadah. Turut dirampas adalah dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara Rusli mendirikan rumah tangga selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu.
Selain Starla, mereka juga dikuniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: YouTube Inara Rusli