Bekas isteri kepada pempengaruh, Andika Putera iaitu Ananda Natasha mencuri perhatian apabila berkongsi kelebihannya dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ananda Natasha Terpaksa Mengemis Minta Hutang Dari Andika, Duit Dalam Akaun Bank Tinggal RM29.24

Mengaji siap bertarannum

@imanisafiyya07 Replying to @Harith Haidar ? mengaji pun sedap guyss @Ananda_natashaaa ?? #anandanatasha #shouldbeme #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral ? original sound – Imani Saffiya

Menerusi perkongsian dibuat @imanisafiyya07, Nastaha yang sedang melakukan sesi siaran langsung membaca sepotong ayat suci al-Quran selepas diminta pengikutnya.

Natasha juga dilihat bertarannum sewaktu mengalunkan ayat suci al-Quran.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menjadi tular dan meraih lebih 415,000 tontonan dan mendapat lebih 23,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan terpukau mendengar ayat suci al-Quran dari Natasha.

Komen netizen

Sumber: TikTok imanisafiyya07