Personaliti media sosial, Ananda Natasha berkongsi momen sebelum melahirkan anak sulungnya, Alisha Puteri yang mengalami sumbing di mulut dan kecacatan pada bahagian jari.

Artikel Berkaitan: Anak Tinggi Suara, Ananda Natasha Terima Teguran Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tak Salahkan Takdir Anak Alami Sumbing & Cacat Jari – ‘Kehendak Allah Kata Jadi Begitu’

Tak putus solat tahajud

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha memaklumkan bahawa dia bertemu dua doktor pakar semasa pemeriksaan keadaan kandungannya dahulu.

Tambahnya, dia sukar untuk percaya namun hanya berserah pada doa sehingga hari bersalin.

Dalam pada itu, Tasha mendedahkan dia kerap mengerjakan solat tahajud agar keajaiban berlaku buat puteri sulugnya.

Mua-mula saya tak percaya klinik yang pertama.

Saya pergi hospital. Mereka cakap Jantung Alisha hitam dan sumbing di bibir.

Saya masih positif. Saya rasa masa itu semua keputusan salah.

Saya tak pernah putus solat tahajud supaya Alisha normal bila dilahirkan.

Berkongsi lebih lanjut, Tasha mengalami kemurungan selama seminggu semasa fasa berbadan dua.

Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Puteri.

Sumber: TikTok @ProCHAMHQ