Isu curang membabitkan personaliti media sosial Andika Putera yang didedahkan oleh bekas isterinya, Ananda Natasha nampaknya masih belum menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’
Artikel Berkaitan: Andika Putera Nafi Jalin Hubungan Terlarang Dengan Isteri Orang & Staff, Dakwaan Ananda Natasha Adalah Fitnah Besar
Semua dalam video ini
View this post on Instagram
Terbaru, Andika tampil memberi kenyataan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Menurut Andika, dia diberi tekanan yang sangat kuat dengan ugutan sehingga tidak dapat mempertahankan diri.
Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa dika senyap ? Segala jawapan ada di dalam video ini.
Dika tahu video ini panjang, dika harap tengoklah sehingga habis dan fahamkan kenapa dika diam selama ini, sudah tentu dika tak nak membuka aib siapa-siapa dan dika tahu ini ada dugaan tapi ini sudah lebih untuk mempertahankan diri dika, maruah keluarga, anak dika (Alisya Puteri), syarikat dika (aspires) dan anak-anak murid dika.
Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, dika minta maaf dari pihak dika & tasya. Dika tidak tahu kemungkinan besar tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah mentioned dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan statement hanya semata-mata untuk menang di media sosial, Dika bukan seorang yang macam tu.
View this post on Instagram
Tambah Andika, dia sengsara seorang diri sejak enam bulan yang lalu. Oleh sebab itu, dia memilih untuk memuat naik video penjelasan ini kepada umum. Di samping itu, Andika mahu membersihkan namanya daripada segala sangkaan buruk.
Ini adalah cara untuk dika clearkan segala sangkaan buruk atau andaian pada Dika tentang isu penceraian dan itu adalah motif utama. Walaubagaimanapun, Dika tidak mengatakan yang Dika seorang yang sempurna.
Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran, Alhamdulillah, Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini. Komen jika anda ada pandangan anda sendiri selepas tengok video ini.
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik, Andika turut mengaku kekhilafan yang dilakukan olehnya selepas bercerai. Pada masa yang sama, Andika berkata, dia sudah bertunang dengan seorang doktor pada 20 Julai yang lalu.