Selepas selamat mendirikan rumah tangga kali kedua, pmpengaruh media sosial iaitu Andika Putera berkongsi pula destinasi bulan madu bersama isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Pilih Untuk Tidak Dedah Wajah Isteri – ‘Permulaan Baru & Kebahagiaan Yang Tidak Berkesudahan’
Honeymoon di Bali
@andikaputeraa Alhamdulillah, semalam Dika & wife selamat touchdown Bali. Ni first time Dika sampai Bali. Cantik gila, villa yang Dika book siap ada private pool lagi. Nanti Dika share aktiviti yang kami buat sepanjang kat sini ? So, dulu korang honeymoon kat mana? Komen kat bawah?? #honeymoon #husbandwife #fyp #viral #tiktok ? original sound – Andika Putera
Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTo, Andika atau nama lengkapnya Muhammad Andika Putera memberitahu dia dan isteri memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi bulan madu mereka. Menurut Andika, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke pusat peranginan itu.
Alhamdulillah, saya dan isteri selamat tiba di Bali. Ini kali pertama saya sampai Bali. Cantik gila, vila saya tempah siap ada private pool lagi.
Andika juga turut berkongsi momen ketika mereka berada di lapangan terbang sehinggalah tiba di destinasi yang dituju termasuk melawati beberapa tempat pelancongan di Bali.
Walau bagaimanapun, sepanjang video tersebut, Andika langsung tidak mendedahkan wajah isterinya kepada umum.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sempat menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan yang dibina.
Selain itu, tidak kurang juga yang tertanya-tanya mengapa pengasas komuniti Old Money Malaysia itu memilih untuk merahsiakan wajah isteri baharunya itu.
Kenapa isteri dia sorok muka tu
Dulu nak balik kampung mertua pun berkira
Sekarang baru ada masa kononnya, dulu sibuk sangat
Bagus isteri yang ni, tak kecoh-kecoh
Kenapa pandang belakang je isteri tu
Sumber: Andika Putera