Pempengaruh Andika Putera sekali lagi meraih perhatian netizen dengan pemilihan baju yang dibuat isterinya untuk kelihatan gaya ‘Old Money‘.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Pilih Untuk Tidak Dedah Wajah Isteri – ‘Permulaan Baru & Kebahagiaan Yang Tidak Berkesudahan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Kongsi Momen Bulan Madu Dengan Isteri Di Bali, Teruja Vila Ada Private Pool!
Isteri tolong
@andikaputeraaHahah fine kita bagi wife kita balik! Kita ikut komen korang, tknak ada 3 layer, 2 layer je, 2 pieces je. So ini colour combination untuk OOTD arini. Memang nampak AESTHETIC gitu . Aish kadang2 pelik jugak ngn mata wife, macam mana lah taste mata dia ni on point sngt? banyak kena belajar. Komen “??” kalau lulus untuk casual arini??? original sound – Andika Putera
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera dilihat meminta pertolongan isterinya, Dr Amalina.
Menurutnya, dia menerima pelbagai kritikan dengan pilihan baju yang dipilih.
Banyak orang cakap tak cantik. Kenapa, apa salahnya?
Mereka kata kalau casual, kena buat 2 pieces saja.
Tak perlu nak ada layer dan sebagainya. Boleh tak tolong?
Dalam pada itu, Andika akui isterinya mempunyai citarasa yang lebih baik dari segi fesyen dan harus dipelajari olehnya.
‘Ini baru old money’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pilihan dan kombinasi yang dibuat oleh isteri pempengaruh berusia 28 tahun itu yang kelihatan lebih santai dan tidak keterlaluan.
Sumber: TikTok @Andika Putera