Siapa saja yang tak kenal dengan pempengaruh media sosial, Andika Putera yang sering mencuri tumpuan kerana sering bercita-cita tinggi dan sentiasa mahu menjadi lain dari yang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Simpan Impian Nak Jadi Perdana Menteri – ‘Saya Nak Jadi Seorang Pemimpin Baik’
Tubuh geng ‘old money’
@andikaputeraa Geng baru Old Money ??? Baru je Dika tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang joindekat 300 lebih ahli dah. Akmal ni pun salah seorang ahli dalam komuniti Dika turun KL haritu join photoshoot untuk Old Money Club. Alang-alang dah sama-sama join Dika photoshoot, Dika ajak dia untuk tangkap reaction orang sekeliling. Jom tengok ? Komen ?? kalau suka Old Money #oldmoney #komuniti #club #fyp #viral #tiktok ? original sound – Andika Putera
Terbaharu, Andika sekali lagi mencuri perhatian apabila memaklumkan sudah menubuhkan satu komuniti yang dipanggil ‘Old money’.
Menerusi perkongsian di TikTok, Andika atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera memuat naik video dirinya berjalan di ibu kota bersama tiga lagi ahli komuniti tersebut.
Menurut Andika, komuniti yang baru sahaja ditubuhkannya itu sudah berjaya menarik minat lebih 300 orang yang kini sudah mendaftar sebagai ahli.
Baru je Andika tubuhkan komuniti ‘Old Money’ tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang ‘join’, dekat 300 lebih ahli dah.
Hantaran yang dibuat Andika kemudiannya tular dan meraih lebih 800,000 tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat respon pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya mempertikaikan komuniti yang ditubuhkan itu.
Geng ‘old money’ ini datangnya dari generational wealth, sekian.
‘Old money’ penampilannya adalah natural dan memang ada aura kaya, bukan dibuat-buat.
Orang pandang bukan sebab, ‘Wow old money’ tapi sebab, ‘Apa benda ni?’.
Bang, ‘Old money’ itu adalah orang yang ada jet peribadi sendiri dan ada rumah agam sendiri. Kau dah salah ini bang.
Sumber: TikTok Andika