Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencuri perhatian menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naiknya di TikTok.
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Mengaku Kembali Bercinta Dengan Bekas Tunang, Beri Amaran Pada Wanita Lain – ‘Duit Dia Untuk Aku Seorang’
Makan bersama bekas tunang
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Zarina yang lebih mesra disapa Anju berkongsi momen dirinya makan bersama bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey di sebuah restoran terletak di sebuah pusat membeli-belah.
Okay guys, teka siapa di sebelah saya (guess who is back?).
Kami berada di sebuah restoran yang makanan dia memang sedap.
Kami saja luangkan masa bersama.
Sedang menjamu selera, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul ini kemudiannya bertanyakan satu soalan kepada Khazrul.
Awak, Anju baik tak?
‘Kena ada yang didik’
@zarinaanjoulie_? original sound – zarinaanjoulie_
Khazrul yang pada mulanya hanya menunjukkan tanda bagus dengan menggunakan jari kemudian memaklumkan pelakon berusia 38 tahun itu merupakan seorang individu yang baik.
Namun, usahawan itu berpendapat bahawa bekas tunangnya itu memerlukan seseorang untuk membantunya menjadi lebih baik.
Anju ini baik tapi kena ada orang yang didik dia, baru dia jadi baik.
Di akhir perkongsian, Anju sempat berseloroh mengatakan akan ada sesuatu yang akan berlaku di antara dirinya dan Khazrul.
Macam itulah dia, kita tengok nanti apa akan jadi (antara kami).
Hahaha, tak adalah kami hanya keluar makan saja.
Sekadar info, Anju dan Khazrul mengikat tali pertunangan mereka pada 26 Januari 2023 sebelum ikatan itu terputus sebulan kemudian.
Namun, kisah percintaan mereka kembali hangat selepas dikatakan mula menjalin cinta Ogos tahun yang sama.
Sumber: TikTok