Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum bermain telefon bimbit ketika mendengar khutbah solat Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bolehkah Kita Berkahwin Dengan Ipar? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Tentang Hukum
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Mana Akan Jumpa Di Syurga Andai Wanita Nikah Kali Kedua Selepas Kematian Suami? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan ustaz
@syazwae_ Hukum Main Phone Semasa Khutbah #ustazazharidrus #masukberanda #tiktokviral #thaimalay #ceramah #ceramahislam #nasihat #ustazmuhaizadalyamani #ustazwadiannuar #wirid #solat #kuliah #agama #sunnah #aswj #dakwah #fyp #fypviral #fypppppppppppppp
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menegaskan tentang larangan bermain-main semasa solat Jumaat terutama kepada mereka yang wajib menunaikan ibadah tersebut.
Siapa yang wajib solat Jumaat, tidak boleh bermain-main. Yang boleh bermain-main adalah orang yang tidak wajib solat Jumaat.
Contohnya, kanak-kanak. Mereka tidak wajib solat Jumaat maka mereka boleh bermain. Tetapi kalau di masjid tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat.
Walau bagaimanapun, jika tujuannya adalah untuk merakam penyampaian khutbah maka ianya dibolehkan namun perlu fokus semula selepas selesai merekod.
Jadi jangan main telefon. Tetapi kalau dia merekod apa yang dibacakan oleh khatib, itu dimaafkan kerana menggunakan telefon sebentar sahaja.
Selepas pada itu, dia hendaklah memberi tumpuan kepada khutbah.
Di dalam Al-Quran ada menyebut, apabila khutbah dibaca Allah mengatakan, ‘hendaklah kamu berusaha sampai dapat mendengar khutbah yang disampaikan.’
Jadi dilarang segala jenis permainan.
Cara melakukan teguran
Dalam pada itu, pendakwah berusia 60 tahun tersebut juga berkongsi tentang cara yang betul untuk menegur seseorang ketika khutbah disampaikan.
Nabi larang bercakap, kalau kita bercakap akan jadi lagha.
Kata Imam Nawawi dan para ulama, hendaklah kita melarang dengan isyarat.
Contohnya kalau ada kanak-kanak bising, kita buat isyarat jari untuk memintanya diam. Itu adalah harus hukumnya, tidak dilarang.
Sumber: TikTok