berita

[VIDEO] Api Marak Bakar Gudang Tentera Jordan, Letupan Boleh Dengar Sejauh 30KM

September 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Jordan, Arab Saudi, sebuah gudang tentera di pinggir bandar Zarqa telah terbakar dan meletup. Letupan tersebut dipercayai berlaku akibat lintar pintas elektrik. Namun, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Letupan besar

Menurut laporan Arab News, pihak tentera sudah menutup kawasan letupan tersebut dan pasukan pertahanan awam telah berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. Di samping itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca letupan berkenaan.

Pihak tentera juga memaklumkan setakat ini tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berhubung insiden tersebut. Namun, menerusi laporan terkini Berita Harian, sekurang-kurang dua mangsa telah terbunuh dalam kejadian itu.

Menyimpan bom mortar

Menurut Menteri Hal Ehwal Media, Amjad Adaileh, gudang tentera di pinggir bandar Zarqa itu menyimpan bom mortar. Ianya juga terletak jauh dari kawasan awam. Ujarnya lagi, bunyi letupan yang berlaku boleh didengar sejauh 30 kilometer.

Sumber: Arab News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×