berita

[VIDEO] Aprena Manrose Kongsi Momen Berbuka Bersama, Netizen Terubat Rindu Nampak Kamal Adli

April 5th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Hantaran pelakon Aprena Manrose berkongsi momen indah bersama keluarga ketika berbuka puasa meraih perhatian netizen, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terpaksa Berjauhan Dengan Kamal Adli, Uqasha Senrose Luah Rasa Rindu– ‘I Need You Abang’

Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Kurangkan ‘Job’, Nak Fokus Dapatkan Zuriat Selepas 6 Tahun Kahwin

Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Ilmu Ustazah Asma’, Peminat Sejuk Mata Tengok Perubahan Oktovia Manrose

Cantik bertudung

Menerusi video di TikTok, seorang individu memuat naik semula video yang dikongsi Aprena di Instagram Stories yang memaparkan adik-beradiknya hadir dengan bertudung.

Hal ini meraih perhatian netizen apabila kesemuanya dikatakan kelihatan manis dan menawan dengan mengenakan hijab di bulan mulia.

Terubat kerinduan

@nelydiasenrose_

Iftar with de’familia ?

? original sound – Nelydia Senrose – Nelydia Senrose

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian netizen apabila terlihat kelibat pelakon Kamal Adli yang turut hadir berbuka bersama setelah mendiamkan diri seketika di media sosial.

Perkongsian tersebut mengubati kerinduan peminat kepada pelakon drama ‘Akira Khan’ itu apabila dilihat dirinya makin pulih dan sudah ceria.

Sumber: TikTok @nelydiasenrose_

SKIP THIS AD ×