Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa rindu terhadap aktor, Kamal Adli selepas seminggu insiden dipukul dengan cota oleh individu tidak dikenali.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga’ – Uqasha Senrose Mohon Tidak Bergaduh Antara Malaysia & Singapura
Artikel Berkaitan: Diminta Jalani Pemeriksaan Psikiatri, Lelaki Serang Kamal Adli Direman 2 Minggu
Artikel Berkaitan: ‘Ni Cota Besi Yang Penjenayah Pakai Libas Ke Kamal Adli’
Rindu abang
Belum reda isu diserang individu tidak dikenali di Singapura, muncul isu baru yang menuduh Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen seorang pembuli ketika di bangku sekolah.
Uqasha, 31, dilihat memuat naik Instagram Stories dan video di TikTok kerana merindui suaminya. Dengan segala tohmahan yang diterima, Uqasha akui memerlukan suami di sisi.
Saya rindu abang…Cepat-cepat abang sihat.
Siapa nak happy kan saya. Siapa nak jadi badut untuk happy kan Qasha. Dengan macam-macam tohmahan, I need you abang…
Menerusi hantaran di TikTok, pasangan itu kelihatan sedang ‘miming’ lagu Hindustan ‘Main To Hoon Pagal’ oleh Abhijeet dan Shahrukh Khan. Aktor Kamal Adli dilihat menghiburkan isterinya dengan lagu yang dimainkan.
@uqashasenrose92 sapa nak happy kan saya , saya nk jadi badut untuk happy kan qasha .. dengan macam2 tohmahan .. i need u abang .. #fyp #fyp??viral #uqashasenrose
Sedih tengok Uqasha
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan Uqasha yang merindui suaminya. Selain itu, terdapat banyak doa yang ditinggalkan di ruangan komen buat pasangan itu untuk terus cekal menghadapi ujian yang diberi.
Sumber: TikTok @uqashasenrose92 & Instagram @uqashasenrose2