Pempengaruh media sosial dan usahawan, Aqil Zulkiflee berdepan detik cemas apabila dewan kahwin miliknya dipecah masuk.
Lori Aqil dicuri, dewan dipecah masuk
View this post on Instagram
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial, Aqil mendedahkan lori miliknya yang menyimpan barang perniagaanya turut dilarikan pencuri dalam kejadian yang berlaku, baru-baru ini.
Menurut Aqil, beberapa barangan lain turut hilang, selain terdapat kesan bakar yang mencurigakan di lokasi kejadian. Bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) juga turut dipecahkan oleh suspek.
Susulan daripada itu, Aqil telah membuat laporan polis namun tidak lama kemudian lori Aqil berjaya ditemui semula. Kenderaan itu ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan.
Pihak polis mengesahkan terdapat kesan cap jari pada lori berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Aqil menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang membantunya, terutamanya pengikut setianya di media sosial.
Alhamdulilah ya Allah terima kasih banyak semua yang tolong sebarkan pasal kes kecurian lori Aqil.
Menurutnya, maklumat mengenai lokasi lorinya diperoleh daripada salah seorang pengikutnya yang membantu mengesan keberadaan kenderaan itu.
Syukur lori dah jumpa
View this post on Instagram
Sumber: Aqil Zulkiflee