Tindakan pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, meraikan usia sebulan kelahiran cahaya mata sulungnya di atas sebuah rumah bot menarik perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Aqil Zulkiflee Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Ayana Aqilah, Anak Perempuan Sulung Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan – ‘Alhamdulillah, Kami Dah Jadi Mama & Papa’

Sambut anak umur sebulan

@aqilzulkiflee

Nanti Ayana dah besar boleh la bagitahu kawan sekolah dia dulu sambut birthday umur sebulan dekat atas laut naik houseboat 🤣❤️ Happy 1 month Ayana Aqila 👶🏻🍼 #AyanaAqilaTurns1Month

♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE 🎹

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aqil dilihat berkongsi momen bersama ahli keluarga yang lain di atas rumah bot dengan perhiasan ringkas berwarna merah jambu.

Difahamkan, ini merupakan sambutan pertama buat puteri sulungnya, Ayana Aqila yang baru sahaja berusia sebulan.

Nanti dah besar, boleh beritahu kawan sekolah Ayana sambut birthday umur sebulan dekat atas laut naik rumah bot.

Selamat ulang tahun kelahiran yang sebulan Ayana Aqila.

Kalau setahun mungkin atas helikopter

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seloroh mengatakan Ayana bakal diraikan atas helikopter sejurus umurnya mencecah setahun. Selain itu, warganet menganggap Ayana seorang anak yang beruntung kerana memiliki ibu bapa seperti Aqil Zulkiflee dan isterinya, Nur lliya Jasmina Roslan.

Sumber: TikTok @Aqilzulkiflee