Tindakan Mia Sara menjawab soalan netizen dengan menyentuh kehidupan Puteri Balqis telah mengundang salah faham sehingga tercetusnya ‘perang kecil’ antara mereka berdua.
Artikel Berkaitan: Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’
Artikel Berkaitan: Isu Puteri Balqis ‘Naik Angin’, Mia Sara Pelik Kenapa Orang Selalu Putar Belit Kenyataan
Namun, perselisihan faham di antara dua pelakon remaja ini berakhir apabila Puteri Balqis tampil memohon maaf secara terbuka kepada Mia Sara.
Puteri Balqis mohon maaf
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish memohon maaf kepada Mia Sara dan keluarganya atas kenyataan balas yang dikeluarkannya sebelum ini. Malah, pelakon yang berusia 15 tahun ini turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia.
Hello kakak saya, Mia Sara ini adalah saya Puteri Balqis. Jauh dari dalam lubuk hati dengan seikhlas hati, saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara dan kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan. Saya juga memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong awak.
Aqish mengakui agak terasa hati dengan komen Mia Sara yang mendakwa dirinya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarganya. Aqish menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan pelakon seuisanya itu adalah satu fitnah buat dirinya dan keluarga.
Aqish dan ibu buat hal kami sendiri dan kami tidak kacau orang jadi saya terasa dengan komen secara terbuka awak mengenai saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya. Itu adalah satu fitnah yang besar dan bila awak kata saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga itu adalah ibu saya sendiri.
Saya tidak tunjukkan rasa kasih saya kepada Tuhan melalui gambar tetapi saya tunjukkan sayangnya saya kepada Tuhan menerusi puisi. Saya turut tunjukkannya melalui penulisan dan tidak ramai orang yang bertanyakan tentang itu.
Jangan ulang kesilapan itu
Tidak terhenti di situ, Aqish berharap agar Mia tidak mengulangi kesilapan yang sama selain berharap agar mereka berdua dapat meneruskan semula kehidupan masing-masing. Dalam kesempatan itu, Aqish sempat menasihati para pengikutnya supaya terus berbuat baik dan jangan sesekali membuat tanggapan buruk terhadap seseorang.
Saya hanya berkata ini sekali dan hanya akan sekali mengatakannya. Tolong jangan ulang atas apa yang awak sudah lakukan kepada saya dan saya harap kita dapat meneruskan semula kehidupan masing-masing.
Kepada semua penyokong saya, apa yang boleh saya katakan anda sangat baik, bertindak untuk berdiamkan diri dan memberi penuh kasih sayang. Terima kasih untuk itu.Ini kepada anda semua, biarlah orang menghukum, biarlah orang membuat tanggapan buruk terhadap anda tiada apa yang perlu dibuktikan. Teruskan berbuat baik. Terima kasih.
Terdahulu, kedua-dua pelakon itu mempunyai perselisihan faham selepas Mia Sara menjawab pertanyaan netizen dan mendakwa tidak semua orang (merujuk kepada Puteri Balqis) dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak perlu menyalahkan Puteri Balqis. Berikutan daripada itu, Balqis yang kecewa dengan dakwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia kerana bersikap sedemikian.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Morosechild (Puteri Balqis)