![[VIDEO] Ardell Aryana Dedah Terima Panggilan Didakwa Ugutan – ‘Nak Upah RM5,000 Untuk Tahu Lokasi’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/ardell-tiga.jpg)
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana meraih perhatian apabila membuat kemunculan semula selepas berehat seketika sekembalinya daripada menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Momen Ardell Aryana Dukung Anak – ‘Ciuman Si Kecil Itu Penawar Segala Penat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa, Terima Kasih’ – Ardell Aryana
Diupah

Menerusi potongan daripada klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nur Hidayah Mohd Amin, 35, mendedahkan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang dipercayai cuba mengesan lokasinya.
Ada yang sampai telefon manager saya beritahu ‘saya nak upah RM5,000 untuk tahu lokasi Ardell’.
Marah-marah sampai paksa untuk manager saya beritahu di mana lokasi saya.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Nadzmi Adhwa tetap tenang dan mengakui dirinya tidak terkesan dengan panggilan yang didakwa ugutan itu.
Saya tidak kisah sebenarnya dan tidak takut pun dengan setiap ugutan itu.
Saya cuma terfikir berapa orang bayar mereka ini supaya tahu saya punya lokasi? Sebab sampai tahap macam tu sekali nak tahu lokasi saya.
Kalau nak jumpa saya, dekat mana-mana boleh jumpa.
Dalam kesempatan itu, Ardell berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi sokongan yang berterusan kepadanya.
Sebelum ini, Ardell dilaporkan berada dalam keadaan belum sihat sepenuhnya selepas pulang ke tanah air dari menyertai misi GSF.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

