Pertengkaran antara aktres Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz yang juga merupakan pelakon nampak gayanya masih belum menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Selepas Enam Bulan Fokus Bisnes, Fatin Afeefa Mampu Beli Kereta Mercedes – ‘Jangan Harap Daddy Kasi’
Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Beri Nafkah Selama 4 Tahun, Adam Shahz Tampil ‘Bersuara’ – ‘Siapa Tak Move On?’
Tak pernah contact anak
Menerusi siaran langsung di TikTok, Fatin menjawab dakwaan sengaja memutarbelitkan cerita sehinggakan timbul konflik dengan Adam.
Kata pelakon berumur 28 tahun ini, dia tidak pernah menghalang atau memburukkan Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani kepada orang ramai.
Lebih mengundang kemarahan Fatin apabila pelakon drama Juvana ‘petik’ mengenai anak lelakinya, Adam Aisy Arrian.
Saya tak pernah halang dia (Adam) jumpa anak-anak. Saya tak pernah buruk-burukkan bapa anak saya. Sangat kebudak-budakkan untuk sentuh mengenai anak saya. Anak saya Arrian bukan anak luar nikah, tolonglah!
Selama ini tak pernah contact anak, ini tiba-tiba cakap nak jaga. Anak kau dah pandai cuci pinggan, lipat baju baru nak jaga. Masa dia kecil tak nak pula kau jaga. Dia lebih layak dengan saya.
Dia bagi nafkah pada anak tapi setahun saja, saya ada resit. Cuba tanya dia resit untuk empat tahun kebelakang mana? Tak ada! Saya tak pernah minta dia bayar balik nafkah.
Tegas pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, dia langsung tidak takut untuk ‘berlawan’ di mahkamah demi mempertahankan hak penjagaan anak-anak.
Saya langsung tak risau sebab saya tahu court case saya akan menang. Saya lagi berkemampuan untuk jaga anak saya.
Saya nak dia isukan dulu hal mahkamah. Saya boleh jawab sekarang tapi saya nak dia keluarkan duit dia dulu.
Dah move on
Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan mencabar Adam untuk mengeluarkan saman kerana dakwanya sebelum ini dia yang berhabis duit.
Kata ibu tunggal ini, dia sudah ‘move on’ dan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.
Macam ini Adam, awak buat saya. Saya doakan rezeki awak dimurahkan. Kalau nak saman, tolonglah saman saya. Peguam saya dah sedia, ada semua dokumen.
Saya lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu. Sebab dah penat nak keluarkan duit saya dulu.
Saya dah tak larat, dah lima tahun.. saya dah move on (sambil tunjuk cincin di jari).
Untuk rekod, Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.
Sumber: Youtube Coffee Panas