
Penyanyi Ariff Bahran menyuarakan pandangannya terhadap segelintir individu yang sanggup menyewa kereta mewah semata-mata untuk pulang ke kampung pada musim perayaan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Menghormati Pengalaman Anda’ – Ariff Bahran Akui ‘Budak Baru’, Belajar Dari Kesilapan Selepas Ditipu Penganjur Konsert
Artikel Berkaitan: ‘Ariff Bahran Okay Lagi RM1,400 Dua Buah Lagu, Saya Pernah RM500 Untuk Tiga Buah Lagu’ – Hasif Upin
‘Nak impress siapa?’

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Ariff Bahran atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berpendapat tindakan itu kurang sesuai kerana tujuan utama pulang ke kampung adalah untuk bertemu adik-beradik serta ahli keluarga terdekat, bukannya untuk mengagumkan sesiapa.
Balik kampung masa raya dan sewa kereta mewah?
Maaf, cringe.
Adik beradik je pun yang ada di kampung, nak ‘impress’ siapa?
Dalam hantaran berikutnya, Ariff Bahran menegaskan bahawa semakin ramai individu yang gemar mempamerkan kemewahan di media sosial, namun hakikatnya ia sekadar kosong dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ itu turut menitipkan pesanan agar masyarakat lebih berwaspada, kerana dunia hari ini sarat dengan kepura-puraan dan tidak semua yang dipamerkan mencerminkan realiti sebenar.
Ramai rupanya kaki ‘flex’ tapi kosong.
Hati-hati semua, sekarang banyak dunia tipu-tipu.
Sumber: Threads Ariff Bahran






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

