berita

[VIDEO] Arwah Rakan Baik Ayah Sering Ucap Hari Jadi, Tahun Ini Dapat Voice Note Dari Nombornya Tetapi..

January 22nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selain daripada keluarga, sahabat baik juga merupakan individu penting dalam hidup kita. Di saat susah atau senang, dengan sahabat baik juga kita akan berkongsi masalah, pendapat serta jujur antara satu sama lain. Tapi pernahkah anda terbayang apa akan terjadi bila orang yang kita rapat satu hari nanti tiada?

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video mengenai hari jadi ayahnya. Sebelum ini rakan baik sering menghantar ucapan hari jadi kepadanya tetapi rakannya itu sudah tiada. Tahun ini, lihat apa yang terjadi.. Sebak pula.

Rakan baik sering beri ucapan hari jadi tapi dia sudah tiada

Pengguna Twitter bernama Alia berkongsi di Twitter bahawa baru-baru ini merupakan ulangtahun kelahiran ayahnya. Setiap tahun rakan baiknya pasti akan mengucapkan selamat hari jadi kepada ayah tetapi dia sudah meninggal dunia. Tahun ini dia juga dapat panggilan dari nombor telefon rakan baiknya itu, tetapi dari ahli keluarga rakan baiknya itu.

Lihat reaksi sebak ayah Alia di bawah.

Reaksi diatas telah mengundang sedih kepada orang ramai. Jelas sekali mereka mempunyai ikatan yang sangat akrab sebagai sahabat. Semoga ayah Alia dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Selamat hari jadi!

Sumber: Twitter

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×