Baru-baru ini tular semula video memaparkan pelajar perempuan iaitu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berkongsi tentang sekolah asrama.

Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil Polis

Kebaikan asrama 

@ayienlang

Saya dengar berita anak Zara nie saya sedih, saya ikut menaggis, saya ikut merasa terluka… Bila nampk video dia nie ya Allah, happynya dia cerita pasal sekolah berasrama..tapi di situ juga nyawa dia terhenti 😭😭 . Sama² kita doakan semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran berkenaan kes zara, kurniakan ketenangan buat si Ibu 🤲🏻🤲🏻 #justiceforzara #sabah

♬ original sound – Mom RaheelRayhanRaeelofa – Mom RaheelRayhanRaeelofa

Menerusi video yang dimuat naik semula, Zara yang kelihatan sangat ceria itu menceritakan tentang kelebihan menuntut di sekolah asrama.

Antara manfaat tinggal di asrama yang dikongsikan Zara adalah meningkatkan disiplin diri, belajar berdikari, melatih kerjasama, bijak mengurus masa, dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang serta memupuk rasa hormat antara rakan.

Komen netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat arwah Zara.

Dalam masa yang sama, mereka juga berharap agar kes arwah mendapat keadilan.

Pada Khamis, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Sumber: TikTok