berita

As’ad Motawh Jawab Isu Didakwa Sindir Ismail Izzani – ‘Saya Hanya Guna Lagu Dia Sahaja’

January 7th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi As’ad Motawh, memperjelaskan dakwaan dirinya sengaja memuat naik satu video yang seolah-olah menyindir rakan seperjuangannya, Ismail Izzani.

Artikel Berkaitan: Umur Baru 21, Asad Motawh Dah Ada Dua Buah Banglo, Suite Peribadi & Kereta Mewah

Artikel Berkaitan: Giliran Asad Motawh Belanja 6 Pack Berketul-Ketul, Peminat Wanita Cakap My Dream Man

Hanya gunakan lagu

Menerusi temu bual Gempak, As’ad memberitahu, dia sama sekali tidak berniat memerli tetapi hanya ingin menggunakan lagu Ismail atau lebih mesra disapa Mael. Tambah penyanyi berusia 21 tahun ini, mereka berdua masih berkawan seperti biasa.

Kita sedakar bergurau kawan-kawan sahaja, Saya dan Ismail pun tak ada apa-apa masalah. Lagipun saya tak buat apa salah pun dalam video itu. Saya hanya guna lagu dia sahaja, mungkin orang yang salah anggap.

Terdahulu, pelantun lagu Senyum ini dituduh sengaja menyindir Mael yang sedang dilanda kontroversi aksi bercium dan memeluk seorang wanita seksi di kelab malam.

As’ad secara terang-terangan menghasilkan video menggunakan lagu Ismail sebagai latar dengan mengambil baris lirik yang berkait dengan isu membabitkan rakannya itu.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×