Baru-baru ini, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dilihat melakukan persembahan bersama dua orang anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah di sebuah stesen televisyen tempatan.
Artikel Berkaitan: ‘Whatsapp Tak Balas, Call Pun Tak Jawab’ – Zaki Yamani ‘Buka Mulut’ Ibu Bukan Penghalang Jumpa Ayah
Aku Penghibur
Menerusi sebuah rakaman video, Jamal dan anak-anaknya dilihat menyampaikan lagu ‘Aku Penghibur’. Ketiga-tiga mereka berjaya mencuri tumpuan netizen apabila suara dan gaya yang dilakukan oleh mereka dikatakan hampir sama. Netizen turut meluahkan rasa gembira kerana dapat melihat anak beranak ini berkongsi pentas yang sama.
Namun begitu, komen yang ditinggalkan oleh ibu kepada Zaki Yamani iaitu Iema di Instagram berjaya mencuri tumpuan netizen.
Ujar Iema, dia berharap anak dan bekas suaminya itu menari sewaktu menyanyikan lagu rancak tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mahu melihat lebih banyak persembahan mereka bersama selepas ini.
Sumber: Zaki Yamani