Selepas beberapa hari melahirkan anak, pelakon Atikah Suhaime sering menerima kritikan kurang enak berkaitan tubuh badan dan caranya berpantang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Dedah Ambil Epidural Elak Trauma Bersalin, Netizen Sibuk ‘Judge’ Perut Tak Kempis

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Momen Beranak, Hampir Putus Asa Untuk Meneran – ‘Saya Ingat Dia Tak Boleh Keluar’

Netizen tak senang duduk

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime itu berkongsi telah mengambil pakej berpantang bersama pusat berpantang selama 28 hari.

Difahamkan, pakej tersebut juga termasuk dengan mandian sauna, urut, pemakaian bengkung, makan makanan sihat dan bermacam lagi.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada netizen yang mempersoalkan tempoh berpantang sepatutnya dilakukan selama 44 hari.

Dalam pada itu, netizen turut mendakwa ibu bersalin juga perlu melaksanakan pantang secara tradisional berbanding moden supaya badan tidak sakit-sakit pada masa akan datang.

‘Kena percaya pantang tradisional’

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga segelintir wargamaya meminta supaya Atikah menutup ruangan komen untuk kesihatan mental.

Sumber: TikTok